Sungai, laut, parit, tali air, kolam, paya, lombong, tasik didiami pelbagai jenis ikan. Setiap jenis ikan pula ada habitat berbeza sama ada dasar, pertengahan, permukaan, tepian air, tengah, lubuk dalam dan sebagainya.
Lazimnya ikan pemangsa berada di kawasan reba, tunggul kayu atau di sebalik batu menunggu saat menyerang ikan mangsa. Ada juga ikan jenis ini memiliki keupayaan menyambar yang kuat dan sukar dikesan mangsanya.
Ikan yang tidak diancam pemangsa lain (yang berada di atas sekali dalam rangkaian makanan) berani berada di kawasan terbuka tetapi tertumpu di reba atau lubuk ketika memburu mangsa.
Jika sungai di pedalaman, jeram dan lubuk dalam adalah tumpuan utama ikan berkumpul. Ia sering dihuni ikan besar. Ikan buruan utama di kawasan itu ialah kelah, tengas dan sebarau.
Peringkat pertengahan sungai pula, airnya kurang deras berbanding di hulu. Di sini terdapat banyak lubuk yang dalam. Ikan tertumpu di reba dan akar kayu selain tempat air berpusar, selekoh sungai dan kawasan yang banyak terdapat anak ikan.
Ikan buruan di sini ialah belida, baung, temoleh, udang galah dan pelbagai ikan air tawar yang lain termasuk patin.
Di muara, terdapat dua arah arus iaitu air memasuki ke sungai bila pasang dan keluar semula ketika surut. Ikan muara pula sering bermain di kuala, reba pokok bakau, tepian jeti, benteng dan sekitar tiang jambatan. Air di sini kadangkala payau dan tawar jika musim hujan dan masin apabila musim panas. Ikan buruan utama ialah siakap (kakap merah, kakap putih) semilang, kurau, gelama, tetanda selain duri serta belukang.
Manakala di laut, kawasan unjam dan tukun adalah habitat ikan pelagik. Terumbu karang pula didiami jenis seperti kerapu, merah dan landuk.
Secara ringkasnya kawasan ikan berkait rapat dengan tempat sumber makanan diperoleh. Ringkasnya, di mana ada kumpulan anak ikan di situ juga menjadi tempat berkumpul ikan pemangsa.
Bagi membantu mengesan kedudukan ikan, alat penduga gema (sonar atau sounder) boleh digunakan.
Followers
Blog Archive
-
▼
2006
(73)
-
▼
September
(26)
- Video Hidupan Laut Biru
- Kawasan Lubuk Ikan
- Video Menangkap ikan
- Keselamatan Sebelum Memancing
- Cara Guna Umpan Ketam
- Renungan Bulan Puasa
- Spesies Ikan Pari Di Perairan Asia
- Sengat Pari
- Tali Pancing Berwarna
- 52 Spesies Baru Di Laut Papua
- Ulang Tahun Anak ku
- Berhenti Seketika
- Pasang Umpan Hidup
- Umpan Pancing
- Pari Pembunuh
- Spesis Ikan
- Petua-Petua Memancing
- Udang Galah
- Resepi Isteri ku
- Resepi Isteri ku-2
- Juara Pari
- Kitang
- Peralatan Air Masin
- Penting Menjaga Alatan Memancing
- Minat Ikan
- Kelengkapan Memancing
-
▼
September
(26)