Wednesday, September 20, 2006

Berhenti Seketika


Pada Minggu hadapan tiba lah Bulan Ramadan.Bersama-sama lah kita semua mengerjakan rukun islam yang ke-4 ini.Berpuasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari dengan niat. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri. Maka secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi. Dan kesemuanya itu diharapkan berlanjutan ke bulan-bulan berikutnya, dan tidak hanya pada bulan puasa.

Kegiatan memancing aku mungkin diberhentikan seketika sempena bulan Ramadan ini dan di sambung semula selepas menjelangnya Aidil Fitri.Kalau seminggu tak turun kelaut memang sasau buatnya,tapi apa boleh buat sabar je la .Kekadang Kawan-kawan tak habis-habis mengajak aku pergi memancing, tak boleh tahan punya pasal terikut juga.

Sempena Ramadan dan Aidil Fitri yang akan menjelang tiba nanti aku menyucapkan selamat berpuasa dan selamat berhari raya kepada rakan-rakan blog dan juga pengunjung blog aku.Thank your support for my blog.