Sunday, August 20, 2006

Marlin And Endau-Rompin







Fakta:
Marlin Ikan Berparuh
  • Spesis ikan berparuh(Billfish) ialah marlin,layar,pedang,tombak dan marlin jalur
  • Layar,tombak dan marlin daripada keluarga Istiophoridae.
  • Pedang daripada keluarga Xiphiidae.
  • Kepantasan layar berenang ialah 68km/j
  • Marlin hitam dikesan berenang sejauh 14,556 Km dari Australia ke Costa Rica
Fakta:
Kuala Rompin
  • Hutan hujan Tropika Endau-Rompin dianggarkan berusia 248 juta tahun
  • Pulau Tioman terhasil daripada gugusan kepulauan yang berasal daripada letusan gunung berapi
  • Bandar Rompin dahulunya dikenali sebagai "Bandar Udang Galah".
  • Kuala Rompin terletak dalam tarikan utama negeri Pahang iaitu Taman Negara,Endau-Rompin,Pulau Tioman dan rangkaian pantai sepanjang 200 kilometer dari Endau ke Nenasi.

Bagaimana hendak kesana?

  • Untuk ke Rompin,mereka yang datang dari Johor boleh menggunakan bas exspress dari Johor Bahru-Mersing-Rompin-Kuantan setiap hari.
  • Bagi Pelancong yang berada di Kuantan mereka boleh memilih menggunakan perkhidmatan bas antara bandar dari Terminal Makmur,iaitu bas Transnasional Kuantan-Mersing yang bertolak setiap hari
  • Perkhidmatan bas henti-henti juga disediakan dari Setesen Bas Jalan Besar di Kuantan selain perkhidmatan Teksi