ITU SYAYA DAH TRY, SYEDAP!….
Seorang pemancing tiba di sebuah kampung di tengah belantara
Ramai Orang Asli tinggal di kampung itu, semua ceria belaka
Kampung itu diketuai seorang Tok Batin namanya SGALA
Semasa pemacing berehat, dia berbual dengan Tok Sgala
Mereka sembang menegenai makanan paling sedap selera
Dari makanan kampung hingga jenis makanan seluruh dunia
Tok Sgala tak mahu mengaku kalah, semua makanan
Dikisahkan oleh pemancing telah dimakan,
Tok Sgala dah try, lalu katanya, “syedap…”, setiap makanan
Mula-mula cerita pasal KFC,
Jawab Tok Sgala, "Tu syaya dah try, syedap....."
Lepas tu cerita pasal Pizza Hut,
Jawab Tok Sgala, "Tu syaya dah try, syedap....."
Lepas tu cerita pasal Ramly Burger,
Jawab Tok Sgala, "Tu pun syaya dah try, syedap....."
Si pemacing mula merasakan Tok Batin mainkan dia
Lalu dia nak mengenakan Tok Batin tu pulak.
Tanya pemancing, "Tok Sgala pernah makan kari kepala ikan gahap ?".
Jawab To Sgala, "Tu pun syaya dah try, syedap....."
Bertanya lagi pemacing, "Tok Sgala pernah makan kepala keretapi ?".
Jawab Tok Sgala, "Tu pun syaya dah try, syedap....."
“ Bagaimana dengan burung besi, Tok Sgala dah makan benda tu,
“Tanya Pemancing sambil senyum sinis dan ragu
Dengan kasar Tok Sgala menjawab,
“ Awak kalau nak kawan jangan tanya dua kali
itu kan burung besi selalu turun kat sini
untuk ambil anak buah sakit bawa ke hospital,…
mana boleh di makan!!!….“