Thursday, March 29, 2007

My New Toy








With the explosion of narrow diameter super lines, today's application are changing. Down sizing to smaller light weight tackle, while targeting larger game fish is an addictive trend. The super lines have the capacity to put incredible stress on the tackle. The flagship Catalina star drags series is designed and built with today's fishing in mind. The heart of Catalina is the XL stainless steel self lubricating gearing fitted with oversized Rulidium drag system. The large Capacity gears stand up to the strain of extreme fishing, keeping friction free while under pressure. Catalina reels are built for ultimate strength, durability and performance, for any fishing application.

Model - G. Ratio- Bearings -Wt. (oz) - Retrieve - Frame - Sideplate - Spool - Capacity(yds/lbs)
CT-25L - 4.0:1 - 3BB+1RB - 21.3 - 24" - AL - GR - AL - 390/15 320/20 230/25




My New Handphone



Selain memancing ,hobi saya adalah pada hanset.Kalau ada keluaran terbaru pasti saya akan cuba untuk mendapatkannya.Nokia N93 Dan Nokia N73 ini telah saya beli pada bulan lepas.Nokia N93 diguna oleh isteri saya.Yang menjadi minat saya ialah kerana semua software App dan Games dimasukkan sendiri yang dicari dalam laman web.Kalau nak dikira sudah banyak handset yang telah saya gunakan.Hobi.............Habis duit.

Wednesday, March 28, 2007

My Next Hunting Ground


West Coast of Pulau Selayar consists of 90% cliffs and deep water for 50 miles, nice popping ground isn't it?

Monday, March 26, 2007

Mancing Di Penggelih

Tanggal isnin 26/03/2007-sampai juga aku dan isteri ke Penggelih untuk memancing.
Dengan diteman kan member isteri aku,Mat Pasar untuk membawa bot.Hasil boleh la....


Saturday, March 24, 2007

Fungsi Kekili Dan Joran




JORAN memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan trip memancing. Ada tiga jenis joran asas yang anda perlu fikir dan peroleh sebagai permulaan hobi anda.


Joran pertama perlu diambil kira ialah pancing pelampung. Ia digunakan khusus melontar umpan yang ringan dengan pelampung bagi mengesan gigitan ikan. Joran ini sesuai pada saiz antara 12 dan 13 kaki (3.4 hingga 4 meter) dengan berat 170 hingga 200 gram.

Pada masa sama, anda mungkin memerlukan joran khas untuk mencari spesies kap atau memancing di sungai seperti bagi pemburuan kelah, sebarau dan spesies seumpamanya.

Untuk kes ini, cari joran 12 kaki (3.6 meter) dengan lengkung yang diuji seberat 700 hingga 800 gram. Lengkung yang diuji adalah untuk merujuk kekuatan joran berkenaan. Dengan sukatan 800 gram, mungkin ini akan menyebabkan joran melentur sehingga 90 darjah.

Kemudian, pemilihan mesin atau kekili juga sangat penting. Kekili jenis ‘centre-pin’ sesuai untuk memancing di sungai, mesin multiplier untuk tugasan berat atau ikan besar manakala mesin ‘closed-face’ untuk tali halus dan memancing dalam angin kencang.

Banyak jenis mesin ada di pasaran. Anda bagaimanapun dinasihatkan membeli jenama terkenal sekali gus seimbang dengan joran.
Dalam hal pembelian mesin atau kekili, rujuk kepada rakan yang senior atau hardcore untuk mendapatkan nasihat dan panduan pembeliannya. Mereka juga boleh mencadangkan nama kedai yang patut anda pergi.
Anda juga sebenarnya perlu tahu maksud ‘bearing’, ‘gear ratio’ dan ‘line capacity’ yang biasa tertulis pada kotak mesin. Semua istilah ini perlu diketahui bagi membolehkan anda membeli mesin yang menepati pilihan dan keperluan.

Pada masa sama, istilah pada joran juga perlu diketahui. Maksud ‘length’, ‘PWR’, ‘GFC Action’, ‘line test’ dan ‘lure WT’ adalah antara istilah yang perlu difahami.

Semua istilah ini adalah panduan tepat dan kekuatan yang diuji bagi semua jenis mesin dan joran

Friday, March 23, 2007

Mercury,Mariner Engine






Yamaha Engine










Monday, March 19, 2007

Cerita Pancing

Sudah 3 hari aku tak hadir untuk bekerja.Ini gara-gara kesakitan gigi yang teramat sangat,tapi tak boleh dicabut kerana masih dalam kesakitan.Doctor berpesan gigi hanya boleh dicabut apabila tiada rasa kesakitan.Jadi aku telah menggambil m/c selama 2 hari dan disambung lagi selama 2 hari.Tapi bosan berada dirumah jadi hari yang ke-4 m/c aku putuskan untuk bekerja saja.

Dalam rasa kesakitan aku layan sahaja keinginan orang rumah pergi kerakit untuk memancing.Maklumlah pada hari isnin memang hari cuti orang rumah aku,...bosan dirumah agaknya,kerakit juga yang dituju.Orang rumah aku memang minat memancing.

Sampai dirakit Salleh,sekumpulan singaporean seramai 4 orang ,3 lelaki dan 1 perempuan telah menyewa Bot Salleh untuk memancing.Seronok nampaknya mereka menaiki bot yang dibawa sendiri oleh salah seorang dari mereka.

Saya lihat hari ini keadaan arus bergitu laju juga kalau tak pandai control Bot boleh karam dibuatnya.Tiba-tiba saya lihat 4 singaporean tu tadi balik kerakit salleh dengan dihantar oleh pekerja rakit besar china yang bersebelahan dengan rakit salleh ,lebih kurang 150 meter jauhnya.Dalam keadaan basah kuyup,mereka berempat naik kerakit Salleh dengan sedih sekali.Apabila ditanya,mereka sebenarnya telah karam kerana cuba berlabuh berdekatan dengan rakit besar china,tetapi kerana arus yang kuat bot tak dapat control dan dibawa arus masuk kebawah rakit.Nasib baik tiada kehilangan jiwa berlaku.kesian juga.

Berhati-hati kalau tiada kemahiran untuk menggemudi bot.Berlajar dulu,bukan didarat saja untuk membawa kenderaan mesti berlajar dan dapatkan lesen,tapi dilaut juga perlu ada kemahiran tertentu kerana dilaut ada arus ,ada ombak dan sebagainya.

Palabuhan Ratu - West Java - TUNA PARTY..!



This is the place where I always get my fresh Sashimi source.

Palabuhan Ratu is the located in West Java where Billfish is the Mascot of the Town.

Ujung Kulon - Banten. The dream place



This is the most favourite places for popping in West part Java. In the President Cup Big Game Tournament 2006, Mr. Susanto Nursewan broke the Indonesian Yellowfin Tuna record
and win the Jackpot as well in the tournament, the fish was 76kg.

Sunday, March 18, 2007

Tanjung Bira - South Celebes



This place has been tested...!!

Krakatoa - Sunda Strait - Banten



Krakatoa is an active vulcano located in the centre of Sunda Stait. These archipelago consists of 4 islands, Pulau Rakata besar, Pulau Rakata Kecil, Pulau Sertung and the active vulcanic mountain called Anak Krakatau.

On June 2005, a fishing group of 40 anglers using 6 boats held a catch & release GT popping competition fishing trip for 2 days. Extraordinary result.

Thursday, March 15, 2007

Percutian dikelong acheh




Pada tanggal 12-13/03/2007 aku sekeluarga bersama-sama abang Yazid sekeluarga dan Che Ngah suami isteri telah pergi ke kelong acheh,Penyabung,Mersing.Suasana aman dan tenteram dapat dirasakan disini.Hasil tangkapan kurang memuaskan,mungkin pergi tak kena pada masa dan keadaan air yang tidak bergitu baik.Menurut kata pengunjung yang telah datang buat kali kedua ,pada awalnya hasil memang membrangsangkan.Tapi pada kali ini memang kurang.Tapi takpa yang penting Happy.Tak dapat ambil banyak gambar kerana kecewa hasil kurang memuaskan.

Sunday, March 4, 2007

Lokasi Memancing

Tinjau, kaji lokasi sebelum memancing

BANYAK tindakan pemancing di Malaysia berbeza dengan rakan mereka di Barat. Pemancing di negara itu banyak melakukan kajian dan persiapan sebelum pergi memancing di lokasi.

Adalah bijak jika tidak terus pergi memancing di lokasi baru tanpa mengkaji latar belakang lubuk itu.

Sebaliknya, adalah bijak jika anda melakukan tinjauan terlebih dulu dengan membawa beberapa kelengkapan untuk melakukan pemerhatian terhadap tabiat ikan, kedudukan lubuk dan meninjau persekitaran.

Ringkasnya, semakin anda tahu air di situ, semakin banyak rahsia akan terungkap daripada di dalamnya.

Pemancing di Barat akan membuat tinjauan terperinci sebelum sesi memancing dilakukan. Mereka akan membawa kertas untuk melakarkan di mana air yang dalam dan cetek, kedudukan rumpai dan ranting serta kedudukan cahaya matahari.

Contohnya, kedudukan kiambang dan teratai perlu anda tahu kerana di situ adalah tempat kegemaran spesies kap.

Jika anda melihat pulau kecil dan rimbunan rumput di tengah tasik maka itu petanda di situ menjadi tempat ikan berkumpul.

Adalah menjadi tabiat ikan berlindung dan bernaung di rimbunan rumpai khususnya untuk keselamatan dan ketika panas terik.

Keupayaan umpan anda menjangkau ke lubuk itu menjamin tangkapan lumayan.

Ketika melakukan tinjauan dan pemerhatian, anda memerlukan:

1 Topi –Tudung kepada yang lebar akan melindungi kepala dan mata anda daripada panahan cahaya matahari yang terik serta menyilaukan.

2 Teropong – Alat ini akan membolehkan anda mengesan tanda-tanda kilasan serta gerombolan ikan.

3 Kasut – Pakai kasut yang ringan, selesa dan betul-betul muat serta kalis air.

4 Kacamata – Jangan sekali-kali meninggalkan kacamata polaroid di rumah atau dalam kenderaan. Kacamata akan mengurangkan silau sekali gus ia menjadi tingkap anda untuk menjenguk masuk ke dasar dunia ikan.

5 Roti – Hampir kebanyakan ikan berselera dengan roti. Menabur roti akan membantu anda mengenali ikan di sesuatu lubuk.

6 Kertas lakar – Adalah bijak jika anda membuat satu lakaran mengenai lubuk yang diteroka itu bagi menentukan kedudukan beberapa perkara sebelum trip memancing sebenar dilakukan.

Elak Perambut Berpintal

Punca tali utama berpintal dengan perambut kerana umpan dilabuhkan ke dasar terlalu pantas sehingga ia berputar.

Akibatnya, tangsi kerinting dan akhirnya terbelit dengan tali utama. Anda perlu ingat, bentuk umpan ketika jatuh akan berpusing dan perambut turut berpusing.

Cara terbaik mengimbangi pergerakan tali dan perambut supaya tidak bertembung dilabuhkan ialah menggunakan tanduk.

Jatuhkan umpan dengan perlahan melalui kawalan kepantasan tali ketika keluar dari kekili. Jangan terlalu gopoh hendak melabuhkan umpan ke dasar!

Selain itu, jangan melontar umpan dengan melawan arus air. Sebaliknya, turunkan umpan mengikut arus.

Sementara itu, tujuan utama menggunakan perambut panjang ketika memancing di laut ialah untuk menarik minat ikan terhadap umpan.

Perambut panjang membenarkan umpan bergerak secara semula jadi dibuai arus. Tetapi perambut tidak boleh keterlaluan panjang kerana mungkin boleh berbelit pula dengan tali rakan bersebelahan. Perambut panjang hanya sesuai ketika air berarus. Jika tiada arus, gunakan perambut pendek. Selain itu, perambut akan bertindak sebagai menyerap kejutan daya tegangan secara tiba-tiba (monoshock leader) kerana tangsi pada dasarnya mempunyai tahap anjalan yang baik.

Ini kerana ramai pemancing memilih menggunakan tali sulam sebagai tali utama. Tali sulam tiada daya anjalan dan tidak kenyal. Justeru, ia alah pada henjutan secara tiba-tiba.

Memancing ketika air besar berkesan ketika waktu perubahan arus. Ketika itu,ikan amat galak dan bergerak mengikut arus. Ketika arus deras, ikan biasanya berselindung di sebalik objek atau kekal pada satu tempat. Penggunaan gewang, jig dan popper cukup efektif ketika air besar berbanding air mati.

Jika ingin memancing dasar, anda perlu membawa ladung yang berat bagi menampung kelajuan arus. Jika tidak, umpan akan naik ke atas permukaan ditolak arus deras

Kacamata polaroid

Kacamata polaroid mantapkan penglihatan di lubuk


MATA, satu daripada deria paling penting dan sensitif. Bagi kaki pancing, mata memainkan peranan besar untuk menghasilkan aktiviti memancing yang produktif serta menyeronokkan. Justeru, mata perlu dilindungi sepanjang aktiviti itu.

Mata juga perlu diberi sokongan untuk memperoleh penglihatan lebih baik sekali gus mengatasi rintangan yang boleh mengurangkan tahap pandangan.

Untuk kaki pancing, dua alatan tambahan – kacamata polaroid dan teropong, perlu anda miliki. Alat ini boleh dibeli di kebanyakan kedai pancing.

Kacamata polaroid membantu anda melihat dalam kilau atau silau lapisan air kerana cuaca yang cerah mahupun pantulan cahaya matahari.

Dengan memakai kacamata polaroid juga, anda boleh melihat ke dalam air dan melihat tabiat ikan di dasar.

Teropong pula, alat yang boleh membawa pemandangan jauh dan kecil ke depan mata anda.

Justeru, beli dua alatan ini kerana ia sangat penting kepada anda:-

1. Belilah kedua-duanya pada harga yang termampu. Soal kualiti jangan dijadikan halangan atau alasan untuk tidak membelinya. Namun jangan membeli produk yang tiada kualitinya langsung.

2. Dapatkan nasihat rakan atau penjual terlebih dulu sebelum membelinya. Jika boleh, uji di kawasan memancing untuk mengetahui keberkesanannya.

3. Beli kacamata polaroid yang memiliki bingkai kukuh dan jika boleh lensa kalis calar.

4. Anda akan dapati lensa yang pelbagai warna dengan tahap tembus cahaya berbeza. Lensa yang bagus dan sesuai bagi hampir semua keadaan ialah warna tembaga cerah.

5. Ikat kacamata anda pada tali sekali gus memastikannya sentiasa tergantung di leher anda. Adalah mudah untuk kehilangan beberapa pasang kacamata dalam setahun jika anda tidak mengikatnya.

6. Sembur buih pembersih kalis air, gilap dan keringkan kacamata sebelum anda ke lokasi bagi memastikan ia tidak berwap atau melekat air ketika dipakai.

7. Untuk ekspedisi memancing di laut dalam, pastikan kaca mata anda diikat tali anjal supaya ia tidak diterbangkan angin ketika bot memecut.

8. Cuba dapatkan teropong yang ringkas, ringan dan mudah. Jika berat, mungkin anda akan kerap tertinggal teropong itu di rumah atau dalam kereta.

9. Pastikan teropong yang dibeli adalah kalis air. Anda tentu faham bagaimana lasaknya trip memancing.

Contoh Kaca mata Polaroid

Panduan nikmati keselesaan memancing

MEMANCING adalah hobi yang santai. Ia membawa anda kembali kepada alam, kedamaian jiwa dan minda. Justeru, hobi ini perlu dipraktikkan dengan penuh etika untuk mencapai keselesaan dan kedamaian serta memperoleh tumpuan.

Berikut adalah beberapa panduan bagi memastikan anda dalam keadaan selesa, selamat dan memperoleh tangkapan terbaik bagi setiap trip memancing. Yang penting, anda benar-benar seronok memancing!

1.Jangan meminum arak – Ini tindakan bijak untuk mengelakkan pelbagai perkara buruk berlaku di lokasi pancing. Walaupun kononnya minum arak bakal mengundang kegembiraan sebenarnya perbuatan itu bukan saja menyusahkan diri sendiri malah rakan, tekong dan orang tersayang yang anda tinggalkan di rumah.Adalah lebih baik anda meminum lebih banyak jus buah-buahan, air mineral dan minuman ringan lain. Malah bagi sesetengah trip, meminum air karbonat mampu mengatasi sebu angin dalam perut sekali gus muntah.

2.Pada sebelah malam atau ketika berada dalam cuaca sejuk, minum lebih banyak minuman panas seperti kopi, minuman tenaga dan tonik. Ini bagi memastikan anda kekal hangat dalam cuaca sejuk itu.

3.Jangan berkira soal membeli makanan bertenaga dan berkhasiat terutama untuk dibawa ke lokasi pancing. Tenaga diperlukan untuk anda melakukan pancingan dasar, pancingan berumpan atau pancingan layang. Malah memancing adalah aktiviti fizikal yang memerlukan banyak tenaga. Jika anda mula terasa lapar, letih atau lesu, ini mula mengundang fikiran anda untuk balik ke rumah.

4 Jangan sekali-kali lupa membawa topi sekali pun anda tidak mahu memakainya. Sekalipun anda mungkin lasak dan mampu melalui panas terik tetapi topi mungkin diperlukan jika hujan atau sebelah malam. Kepanasan sebenarnya turut melemahkan badan. Jadi dengan bertopi atau memancing di tempat yang terlindung, ini akan menjimatkan tenaga anda!

5.Pastikan anda sentiasa dalam keadaan bersih dan kering. Sebab itu, pemancing yang naik sentiasa membawa tuala tangan atau memakai sarung tangan bagi memastikan tapak tangan bersih. Cuci tangan serta-merta selepas memasang umpan seperti dedak, cacing dan ikan. Ini untuk mengelakkan anda menggunakannya bagi memegang makanan atau minuman.

6.Sentiasa berhati-hati ketika berada di tebing sungai, tali air, atau laut terutama ketika musim hujan. Tebing ketika itu licin dan anda mungkin tergelincir. Ingat, jatuh tergelincir akan menyebabkan pelbagai bentuk bahaya dan kecederaan. Malah tahap paling serius anda mungkin lemas dalam air!

7.Jika ada nyamuk, agas atau serangga lain yang menggigit, anda boleh menangani dengan menyapu permukaan kulit yang terdedah dengan salap (balm) anti-serangga. Anda benar-benar tidak boleh memancing jika asyik melayan nyamuk atau agas!

8.Jika anda berhasrat memancing dengan meranduk air, pastikan anda tahu di mana hendak berehat seketika bila badan gatal. Sebab itu, pastikan anda memakai salap, pakaian bersih dan kering untuk mengelak gatal.

9.Jangan membawa terlalu banyak perkakasan di lokasi pancing sehingga anda umpama dihalau dari rumah. Bawa yang perlu dan berkongsi dengan rakan adalah cara terbaik mengurangkan beban.

10.Jika anda bermalam di lokasi pancing, pastikan anda membawa perkakasan lengkap untuk tidur seperti beg tidur, kelambu, pangkin mudah pasang dan khemah. Jangan memperjudikan badan dengan tidur di atas timbunan rumput, daun atau tikar.

Pancing Udang






Asas pancing udang, ikut kesesuaian batu ladung



Pelbagai jenis dan saiz mata udang ada di pasaran. Anda boleh memilihnya mengikut kesesuaian tempat. Mata kail biasanya ada dua jenis iaitu berduri pandan dan tiada duri pandan.

Jika memancing di sungai, jenis berduri pandan disyorkan. Untuk kolam, ramai pemancing memilih kail tidak berduri. Saiz mata kail asasnya 5 hingga 8 sesuai untuk semua saiz udang galah.

Jika berhajat memancing udang lebih besar, mata lebih besar lagi diperlukan. Perambut untuk udang sungai ialah 8 hingga 12 paun manakala kolam 6 paun.

Biji kekabu boleh diguna untuk memancing ikan lampam. Selain itu, dedak dan isi kelapa sawit juga meluas digunakan.

Kegunaan asas batu ladung ialah menenggelamkan umpan ke dasar. Jelas tiada beza kegunaan bagi jenis batu ladung ini. Bagi memancing di laut dalam, batu ladung jenis mati meluas digunakan kerana mudah ditukar jika arus berubah.

Penggunaan ladung hidup memerlukan masa untuk mengikat semula perambut jika ingin menukar saiznya.

Ladung jenis ini sesuai untuk memancing ikan yang amat sensitif dengan umpan. Ketika menjamah umpan, ikan itu akan terus menelannya jika ia merasakan tiada bebanan terhadap umpan.

Masa terbaik memancing kolam ikan dan udang komersial ialah sebelah pagi, petang dan malam. Waktu cuaca panas terik, ikan menjadi pasif dan tidak memakan umpan. Anda juga perlu rajin memasang telinga mengenai lubuk di sesebuah kolam untuk memastikan hasil pancingan yang memuaskan.

Sementara itu, bezanya kekili mendatar (multiplier) dan menegak (spinnng) ialah kedudukan kekili pada joran. Kekili mendatar berada di atas joran manakala jenis menegak atau terbuka dipasang pada bawah joran.